10 pelajar serang rumah guru
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my
RUMAH guru disiplin yang diserang oleh sekumpulan pelajar di Kampung Paya Resak, Marang kelmarin.
KUALA TERENGGANU - Gara-gara tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka dihukum rotan oleh guru disiplin sekolah, sekumpulan 10 pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Bukit Payung, Marang menyerang rumah guru itu.
Kejadian berlaku pada pukul 6.10 petang kelmarin ketika guru disiplin berusia 38 tahun itu berada di rumahnya di Kampung Paya Resak, Bukit Payung bersama isteri dan tiga orang anak masing-masing berusia empat, enam dan 11 tahun.
Tindakan pelajar ala samseng itu menyebabkan dua buah kereta iaitu Proton Waja dan Proton Satria milik guru rosak.Bagaimanapun, guru itu dan keluarganya tidak cedera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, sebaik sampai di luar rumah guru itu, kumpulan pelajar terbabit membuat bising.
"Mereka kemudian mencabar guru disiplin itu supaya bersemuka dengan mereka tetapi guru itu tidak memberi tindak balas dan hanya mengintai melalui tingkap rumah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
* korang pikir lah sendiri *
* ada sebarang komen? *
aku ingat bebudak zaman kita dulu dah teruk. rupanya bebudak zaman sekarang lagi berani. huhu..
ReplyDeleteMemang mencabar betul jadi pendidik zaman sekarang ni..
tu baru kawan yang kene rotan. belom diri sendiri yang di tegur guru... tinggi betol semangat seti kawan diorang ni...
ReplyDeletelama kelamaan kumpulan ni akan berpecah jugak.. mungkin di kalangan diorang akan menjadi guru 5 tahun akan datang....mase tu..jgn le plak marah kalo nak murid datang serang rumah diorang pulak
antara perkara utama kena buat adalah tengok punca dan sebab-musabab kenapa perangai budak2 ni jadi macam ni. Mak ayah? persekitaran? kawan2? media?
ReplyDeletemintak simpang anak2 kita jadi camni kan...?